Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lom.pat.lom.pat] | ترلومڤت- لومڤت

Definisi : sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Burung tiung terlompat-lompat,
     Minum air dalam cerana;
Hendak cium tidak bertempat,
     Ada tempat orang punya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Gajah terdorong kerana gadingnya,
     harimau terlompat kerana belangnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.

Kembali ke atas