Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang berdolak-dalik, Anak kepiting berpecah belah; Burung terbang terlupa balik, Nanti muram orang mengubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah panjang sedepa, Jemur mari kain basahnya; Jangan salah jangan terlupa, Kalau rimau nampak belangnya. |