Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Tahan Gunung Semabuk, Nampak dari Inderagiri; Sudah termakan buah mabuk, Terperanjat pula ibu sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang terugai burung terugai, Andung-andung bertali benang; Jika sudah termakan pugai, Tujuh tanjung kau mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang terugai burung terugai, Andung-andung bertali benang; Jika sudah termakan pugai, Tujuh tanjung kau mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon mangga dalam kebun, Berbuah lebat patah dahan; Salah silap minta ampun, Mana termakan minta halalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan. |