Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sang.kut] | ترسڠکوت

Definisi : 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sang.kut] | ترسڠکوت

Definisi : 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Tali tersangkut pagar duri;
Adik bukan saudara bukan,
     Hati tersangkut kerana budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kain tersangkut kain tinggal.

Bermaksud :

Tergesa-gesa melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaHendak menjala jalaku tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak berjumpa hatiku takut, Hati rindu ditahan juga.
Kurik Kundi Merah SagaHendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga.
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal.
Kurik Kundi Merah SagaPohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang bertali benang, Benang tersangkut di dalam jati; Jangan diingat jangan dikenang, Hancur luluh di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaKayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya.
Kurik Kundi Merah SagaRakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula.
Kurik Kundi Merah SagaAbang Sani hilir ke kota, Dayung tersangkut di dahan rumpai; Rasa nak jatuh si air mata, Mengenang hidup tak akan sampai.
12

Kembali ke atas