Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.nyum] | ترسڽوم

Definisi : melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.nyum] | ترسڽوم

Definisi : me­lahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersenyum

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaCik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaPohon bidara menjulang tinggi, Umbi pokoknya sudah berbanir; Tersenyum dara tunduk ke bumi, Ibu jari menguis pasir.
Kurik Kundi Merah SagaDari muara mudik ke hulu, Sambil menyanyi mendayung sampan; Belum bersuara tersenyum dulu, Menambah seri wajah rupawan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Tapang memasak harum, Dimakan orang kampung Seladak; Sudah terpandang tuan tersenyum, Seribu ringgit saya kehendak.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh lempar berdengung, Jatuh berserak di dalam padi; Dari jauh adinda tersenyum, Apakah hajat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaHendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas.
12

Kembali ke atas