Kurik Kundi Merah Saga | Terbang burung di balik awan, Di pohon keduduk tempat berhenti; Tidak tertahan menanggung badan, Dari hidup biar kumati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang-sayang buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Hatiku rindu tidak tertahan, Tak pandang sehari rasa sebulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang-sayang buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Hatiku rindu tidak tertahan, Tak pandang sehari rasa sebulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Jawa saya layarkan, Raja Brunei belayar jauh; Rindu di hati tidak tertahan, Seperti menadah minyak penuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan. |