Kurik Kundi Merah Saga | Hari Ahad pergi ke panggung, Melihat cerita Seri Andalas; Hati rindu tidak tertanggung, Budi tuan tidak terbalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh perindu di atas gunung, Habis luruh buah padiku; Rindu hamba tidak tertanggung, Hancur luluh rasa hatiku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk turi berdahan merah, Tempat rama-rama duduk bergantung; Buah hati janganlah marah, Risaunya hati tidak tertanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merak hulu merak hilir, Merak seekor hujung tanjung; Hendak ke hulu hendak ke hilir, Badan seorang tak tertanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga rampai di dalam puan, Buluh perindu di atas gunung; Adakah sampai padamu tuan, Merindu hamba tidak tertanggung. |