Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan sirih berpinang tidak, Makan saja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saya saja terulang-ulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang. |