Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak apong tetak sedahan, Anak Cina menyemai padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal jambatan bekas kumandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar. |