Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.rap] | تيارڤ

Definisi : bertiarap = meniarap; meniarap berbaring dgn dada dan perut di bawah, menelungkup (lwn menelentang): ia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke bantal; meniarapkan membaringkan (merebahkan, meletakkan, dll) dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan: Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing; ia ~ pinggan mang­kuk yg baru dicuci supaya kering; tertiarap jatuh, rebah, dll dgn bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap: dia gelisah, kadang-kadang ~, kadang-kadang terlentang memandang bumbung; biar ter­sen­get jangan ~ prb lebih baik rugi sedikit drpd habis semua sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.rap] | تيارڤ

Definisi : ; meniarap merebahkan diri dgn dada, perut serta muka di sebelah bawah; menelungkup: Dia ~ di atas katil. meniarapkan meletakkan sesuatu dgn bahagian depan atau bahagian atasnya ke bawah; menelungkupkan: Dia ~ pinggan mangkuk yg baru dicucinya di atas meja. tertiarap jatuh dsb dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah; telah (sudah) ditiarapkan: Budak itu jatuh ~ di atas padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiarap
Kata Terbitan : meniarap, meniarapkan, tertiarap,

Puisi
 

Kalau putih kata putih,
     Kanda sudah jatuh tiarap;
Kalau boleh kata boleh,
     Mudah saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.
Kurik Kundi Merah SagaKalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.

Kembali ke atas