Kurik Kundi Merah Saga | Mengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Oranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu. |