Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh disinar bulan, Dahannya repih membawa buah; Berapa jauh antara badan, Hatiku kasih tidak berubah. |