Kurik Kundi Merah Saga | Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua. |