Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik. |

Kurik Kundi Merah Saga | Makan tidak bertambahlah tidak, Makanlah sama di dalam peti; Bertemu tidak berpandang pun tidak, Rasa kiamat di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang. |