| Kurik Kundi Merah Saga | Bukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit dahan rembia, Terdampar di pantai dimakan buaya; Hitam sedikit tidak mengapa, Asallah boleh membawa kerja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berpakaian batik, Kalau bajunya bercorak hitam; Apa guna berwajah cantik, Kalau hatinya tidak tenteram. |