Kurik Kundi Merah Saga | Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati. |