Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Ular lidi turun bertapa,
     Mari bertapa di kelopak kayu;
Tidak menjadi tidak mengapa,
     Jangan saya diberi malu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Dituba sajakah ikan,
     dijala dijaring bukankah ikan?

Bermaksud :

Tidak malu melakukan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(13)

28

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Lebih baik berputih tulang, daripada berputih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Lebih baik berputih tulang, daripada berputih mata . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRaut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu.
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu.
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi lepas bertapa, Bertapa mari di bukulah kayu; Tidak jadi tidak mengapa, Jangan adinda mengasi ku malu.
Kurik Kundi Merah SagaBuaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu.
Kurik Kundi Merah SagaJika tuan pergi ke hulu, Singgah sebentar ke Batu Kitang; Fasal saja mengenang malu, Kalau tidak kulangkah tebing.
Kurik Kundi Merah SagaDayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaAnjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan.
Kurik Kundi Merah SagaKata cik tuan berakit buluh, Biar saya berakit laju; Kalau abang tidak bersungguh, Saya juga berasa malu.

Kembali ke atas