Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Akan beratap daun keladi,
     Membuat junjung di tepi paya;
Tunang si anu tidak menjadi,
     Bolehkah saya ikut bersama.


Lihat selanjutnya...(748)
Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(22)

529

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Kera menjadi monyet

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : kera menjadi monyet.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(34)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaUlar lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu.
Kurik Kundi Merah SagaAkan beratap daun keladi, Membuat junjung di tepi paya; Tunang si anu tidak menjadi, Bolehkah saya ikut bersama.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Lampai membanting gabus, Air di laut tenang-tenangan; Jika sampai alangkah bagus, Tidak menjadi kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai si bunga jagus, Anak itik renang-renangan; Kalau sampai alangkah bagus, Tidak menjadi kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Kurik Kundi Merah SagaMakan tidak bertambahlah tidak, Makanlah sama di dalam peti; Bertemu tidak berpandang pun tidak, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang.
Kurik Kundi Merah SagaSirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang.
12345678910...

Kembali ke atas