| Kurik Kundi Merah Saga | Naik rumah tidak bertangga, Kucing memanjat di batang tiang; Saya tak pernah tidur berdua, Peluk bantal sampailah ke siang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Naik perahu ke Tanjung Tuan, Hendak tangkap ikan pari; Kalau tidak kerana tuan, Saya tidak sampai ke mari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Biar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Naik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Besar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang. |