Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sakit saya kena cepu,
     Tidak sakit kumbang menyengat;
Sakit saya kerana tipu,
     Dalam tipu tidak ingat.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai sambau di pintu kandang.

Bermaksud :

Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan).

 

Lihat selanjutnya...(8)

70

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua.
Kurik Kundi Merah SagaSakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak.
Kurik Kundi Merah SagaRakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah.
Kurik Kundi Merah SagaAwak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta.
Kurik Kundi Merah SagaSampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang.
Kurik Kundi Merah SagaTuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaRakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita.
12

Kembali ke atas