Kurik Kundi Merah Saga | Empat lima meragi kain, Tidakkan sama ke pangku puan; Empat lima muda yang lain, Tidak sama adikku tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ribut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sama tengah pohon mengkudu, Anak Cina menjual kain; Sama-sama menanggung rindu, Hati tidak pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri. |