Kurik Kundi Merah Saga | Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan melantak paku, Paku dilantak dalam perahu; Ambil pedang bunuhlah aku, Bercerai kasih tidak kumahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. |