Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Luputlah siang malam berganti,
     Cahaya terang gelap menjadi;
Tidak disangka sekali-kali,
     Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Apa gunanya bulan terang di dalam hutan,
     jikalau di dalam negeri betapa baiknya.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaLuputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan melantak paku, Paku dilantak dalam perahu; Ambil pedang bunuhlah aku, Bercerai kasih tidak kumahu.
Kurik Kundi Merah SagaBulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap.

Kembali ke atas