Kurik Kundi Merah Saga | Tidaklah dapat kuikat-ikat, Diikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Airlah mata jatuh berlinang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak tertanam padi, Tidaklah saya bertanam bunga; Kalau tidak kerana budi, Tidaklah badan jadi merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Talinya sumbang tidaklah kena, Pukul gendang sambil berdiri; Abang ikut barang ke mana, Adik nak bawa rumah sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana tidaklah ke mana, Dari rumput berdaun padi; Bulan mana tahun pun mana, Dendamlah luput di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggallah bukit besi hangit, Tidaklah jauh dari pekan; Walaupun tinggi terbang melangit, Ke bumilah juga cari makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cerah-cerah bintang seribu, Tidaklah sama bintang tembaga; Banyak-banyak orang di situ, Ada seorang cahaya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali. |