Kurik Kundi Merah Saga | Tikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tikar pandak sambar gelama, Mari bentang haluan perahu; Saya hendak sudahlah lama, Saja tuan buat tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar bentang cukin, Bentang mari pagi hari; Bila tersiram air talkin, Umat baru sedarkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Arak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina menganyam tikar, Bawa mari ke pasar lama; Kalau tuan ajaknya tukar, Mintalah doa selama-lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas. |