Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tikar (kata nama)
Bersinonim dengan serampin, kelasa, sejadah, hamparan, permaidani, ciu.,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sudah bergulung lapik (= tikar) saja.

Bermaksud :

Sangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.
Kurik Kundi Merah SagaTikar pandak sambar gelama, Mari bentang haluan perahu; Saya hendak sudahlah lama, Saja tuan buat tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBentang tikar bentang cukin, Bentang mari pagi hari; Bila tersiram air talkin, Umat baru sedarkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaArak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak.
Kurik Kundi Merah SagaBentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaBentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai.
Kurik Kundi Merah SagaOrang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina menganyam tikar, Bawa mari ke pasar lama; Kalau tuan ajaknya tukar, Mintalah doa selama-lama.
Kurik Kundi Merah SagaSikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas.
1234

Kembali ke atas