Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg di­jahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, ber­kasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tempat tidur dll yg dibuat drpd kain yg diisi kekabu dll: ~ getah tilam yg dibuat drpd getah. bertilam ada tilamnya; berlapik dgn tilam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tilam (kata nama)
Bersinonim dengan kasur, lapik tidur, lembek, bok, bolsak, leca, metai.,

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun,
     namun hati tiada senang juga.

Bermaksud :

Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaSikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.
Kurik Kundi Merah SagaOrang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang.
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman; Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan melancar pucuk, Pucuk pakis timbul tenggelam; Dinihari ayam berkokok, Tinggal cadar di atas tilam.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan melancar pucuk, Pucuk pakis timbul tenggelam; Dinihari ayam berkokok, Tinggal cadar di atas tilam.
Kurik Kundi Merah SagaTempat mana cepok berbunyi, Pokok kabu tepi kolam; Tempat mana adik berjanji, Di dalam kelambu atas tilam.

Kembali ke atas