| Kurik Kundi Merah Saga | Timba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan mandi telaga, Timba air dalamlah pasu; Pandailah sungguh adik meneka, Yang paling tinggi ialah nafsu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Beli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur bunga inai, Biji selasih di dalam timba; Seberang alur seberang sungai, Kerana kasih kuturut juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Padi malar cero tak putih, Rambutan gading di dalam timba; Hati mana saya tak sedih, Buatan tuan di hadapan saya. |