Kurik Kundi Merah Saga | Timun rendang di pintu kandang, Batang bayam saya tumiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Timun dendang di pintu kandang, Batang bayam saya paiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam timun dalam jerelung, Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun birah selebar alam, Tanam timun dalam jerelung; Sudah pecah serata alam, Segala semut sejenak jerung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum. |