Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin] | تين

Definisi : 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu dlm tin; bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu; mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin; mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~ buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin] | تين

Definisi : sj tumbuhan (dan buahnya), ara, Ficus carica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin] | تين

Definisi : 1 besi tipis yg berlapis timah; kaleng: Baldi itu dibuat drpd ~. 2 bekas makanan dll yg dibuat drpd besi yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok. mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin (ttg buah-buahan, ikan dsb): Kerja-kerja ~ dan melabel dilakukan dgn mesin. mengetinkan menyimpan atau memasukkan sesuatu ke dlm tin supaya tahan lama: Buah-buahan itu ditinkan. ~ ikan. pengetinan proses (perbuatan, hal dsb) mengetin atau mengetinkan. pengetin syarikat, kilang dsb yg mengetinkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tin

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku.
Kurik Kundi Merah SagaBeli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak.

Kembali ke atas