Kurik Kundi Merah Saga | Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati. |