Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Lampai membanting gabus, Air di laut tenang-tenangan; Jika sampai alangkah bagus, Tidak menjadi kenang-kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si kuyong burung pipit, Terbang anak tiung lampai; Mentelah lama menaruh sakit, Tegal dek ajal belum sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berembang di atas para, Anak kumbang terlampai-lampai; Memakai subang kusangka dara, Rupanya memang ditebuk tupai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |