Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gelungsur tebing tinggi, Cerahnya belukar; Kalau ukur sama tinggi, Kalau sudah sama besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pupur di tebing tinggi, Buah kandis masak putih; Kalau nak ukur sama tinggi, Kalau nak banding sama putih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi. |