Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Tioman Lautan Cina, Asalnya naga mati berhempas; Sungguh nampak bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bajak wangkang di Pulau Tioman, Pulau Pingat jauh dipandang; Sudah terbuang kampung halaman, Teringat ibu rasa nak terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Taman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak. |