Kurik Kundi Merah Saga | Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rusa batu disimpul pulih, Bunga sena dalam jerami; Bagaimana tipu hendak boleh, Cuba guna dalam nyanyi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tiga batang, Patah sebatang digerit anai-anai; Abang tipu kata nak datang, Air mata menjadi sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tiga batang, Pisang hitam masak di kebun; Abang tipu kata nak datang, Bulan gelap hujan nak turun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan makan papaya, Taruh mari atas peti; Apa nak buat tipu daya, Sama kita satu hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu dalam pujuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke hutan mencari rotan, Cari makan tepi paya; Bukan saya sayangkan umpan, Takut ikan tipu saya. |