Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ri] | تيري

Definisi : (anak, bapa, ibu) yg tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa, ibu) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ri] | تيري

Definisi : bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiri

Puisi
 

Aku suka berumah tinggi,
     Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
     Anak besar senang disuruh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah.
Kurik Kundi Merah SagaAku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaAku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit membeli lada, Lada sebiji dibelah tujuh; Apa disakit berbini tua, Anak tiri boleh disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaDi tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh.

Kembali ke atas