| Kurik Kundi Merah Saga | Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tahu sudah titian licin, Adik jua jalan dahulu; Tahu sudah kita miskin, Gilanya adinda mulai dahulu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera. |