Kurik Kundi Merah Saga | Tiup-tiup angin di atas, Hendak memetik tali kecapi; Jongnya lilin layarnya kertas, Hendak menempuh lautan api. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api embun berderai, Turun ke padang memburu rusa; Niat di hati tak mahu bercerai, Hidup mati berkubur dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat di hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ketuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang. |