Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.da/] | تودق

Definisi : sj ikan laut (bermuncung panjang lagi tajam spt mata tombak), Tylosurus spp.; yu ~ sj ikan yu, yu gergaji, Pristiophorus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.da/] | تودق

Definisi : nama sj ikan laut yg bermuncung panjang dan tajam spt mata tombak, Tylosurus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata todak

Puisi
 

Ayam todak sendiri batang,
     Sorok menyorok depan perahu;
Abang hendak sendiri datang,
     Suruh-menyuruh saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaAyam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaIkan todak ikan haruan, Pembungkus gelama daun keladi; Awan berarak hamba tangiskan, Kenangan lama menghiba hati.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura dilanggar todak, Mari kubu batang pisang; Orang tua mengambil budak, Macam bulan dengan bintang.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura dilanggar todak, Mari bertikam di batang pisang; Orang tua mengasih budak, Bagai bulan dipagar bintang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa mengail todak, Dapat seekor dibawa pulang; Bumi tertawa langit tergelak, Tengok bulan di pagar bintang.
Kurik Kundi Merah SagaIkan tenggiri ikan todak, Tiga dengan ikan kerapu; Toleh kiri kanan pun tidak, Sampailah saya dagang piatu.
Kurik Kundi Merah SagaHendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung.
Kurik Kundi Merah SagaHendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.
12

Kembali ke atas