Kurik Kundi Merah Saga | Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga rampai di dalam puan, Buluh perindu di atas gunung; Adakah sampai padamu tuan, Merindu hamba tidak tertanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rotan akar panjang berjela, Banyak melilit di pokok mati; Hamba jua tergila-gila, Tuan tidak menaruh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok pauh tepi permatang, Pokok pandan di birai perigi; Dari jauh hamba nan datang, Mendengar tuan yang baik budi. |