Kurik Kundi Merah Saga | Tuan puteri mandi di taman, Mari turun ke bulan Rejab; Pertama arif lagi budiman, Satu soal tidak dijawab. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan puteri rambutnya perang, Mati ditikam Melayu jati; Dulu terbilang batik Semarang, Sekarang dibuat basahan mandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Puteri bersiram berpakai kemban, Bersiram di kolam raja; Tuan umpama bunga yang kembang, Banyaklah kumbang datang memuja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang hutan berduri, Madu kelapa dalam tempayan; Lagi tak hilang Bukit Puteri, Saya tak lupa kasihkan tuan. |