Kurik Kundi Merah Saga | Mari kita menebang buluh, Di dalam buluh ada ulat; Bukan senang mengenal tubuh, Di dalam tubuh ada sifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna seguni dedak, Hendak kuhanyut di rakit buluh; Tubuh besar berbininya tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Tetagun Pulau Jerjak, Singgah semalam Padang Mat Sirat; Tubuh tembun badan pun segak, Mahu orang tak terpikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Gunung Daik; Peluk tubuh rasa nak demam, Baru kutahu badan tak baik. |