Kurik Kundi Merah Saga | Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Katak betung berbunyi malam, Tala-menala bunyi dahulu; Tuhan belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mastika di Tanjung Tuan, Pakai anak bidadari; Gunung tinggi kuasa Tuhan, Duri di hutan tajam sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan di pintu kurung, Cahaya sampai ke daun kayu; Kalau Tuhan hendak menolong, Kasih tercerai balik bersatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Sulung Indera Shah Johan, Gagah berani lagi perkasa; Kalau ada pertolongan Tuhan, Mana boleh rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari teluk pergi ke pekan, Singgah bermalam di Batu Lima; Sekalian makhluk Tuhan jadikan, Kaya miskin dipandang sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi. |