Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lang.tu.lang] | تولڠ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), ten­tulang, Euphorbia tirucalli; 2. sj tumbuhan (pokok), gading-gading, Prismatomeris malayana; 3. sj tumbuhan (pokok), berom­bong, merombong, Timonius pendicularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tulang-tulang

Puisi
 

Naik bukit menggali halia,
     Baik tergali tulang belut;
Kalau jadi kita berdua,
     Kita bergurau semalam suntuk.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tinggal jangat pemalut tulang.

Bermaksud :

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.
Kurik Kundi Merah SagaApa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.
Kurik Kundi Merah SagaAnak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi?
Kurik Kundi Merah SagaGantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang; Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang.
Kurik Kundi Merah SagaKulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit menggali halia, Baik sekali ke tulang belut; Jika jadi dengan adinda, Cik adik bergurau si bulan tutup.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
123

Kembali ke atas