Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bung] | تومبوڠ

Definisi : sesuatu yg membulat dan menonjol keluar; ~ dubur Id dubur yg keluar, prolapsus ani; ~ rahim Id rahim peranakan yg tertonjol keluar, prolapsus uteri; ~ kelapa (nyiur) kecambah di dlm buah kelapa (yg telah tua) yg berwarna putih kekuningan, isinya lembut dan boleh dimakan; sakit ~ sakit buasir; bertumbung ditumbuhi atau ada tumbung: kami pergi ke kebun utk melonggokkan buah kelapa yg sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bung] | تومبوڠ

Definisi : sesuatu yg bulat dan me­nonjol keluar. ~ kelapa kecambah dlm buah kelapa yg tua. ~ rahim rahim peranakan yg terjulur keluar. sakit ~ penyakit jubur; bawasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumbung

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda.

Kembali ke atas