| Kurik Kundi Merah Saga | Hendak memagar memagar bangat, Tumpang padi jerami tinggi; Hendak berkhabar khabarlah bangat, Tumpang kami ada di sini. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ribut-ribut tumpang kereta, Ayam tergolek di dalam belanga; Orang berebut sama sebangsa, Tak molek secara mana. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tuai padi selasih dulang, Saya tumpang secawan baja; Buah hati dimaklum orang, Saya menumpang kawan saja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin berpucuk muda, Tempat camar tumpang meniti; Kerana miskin emas tiada, Tertolak lamar terurailah janji. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati. |