Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga pergi bermain, Perutlah lapar tunggu di titi; Kalaulah abang cari yang lain, Mohon adik mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh berdepa-depa, Cicak racit di dalam padi; Orang tunggu terketa-keta, Dia nak cantik sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKayu sepang mudik ke hulu, Masak minyak dalam belanga; Wahai cik abang tunggu dahulu, Emak balik baru nak tanya.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan mandi di hulu, Hanyutkan saya tempurung dasar; Kalau tuan mati dahulu, Tunggu saya di padang Mahsyar.
Kurik Kundi Merah SagaSayang delima masak merkah, Kasi makan raja di Daik; Buah tinggi apa diranggah, Tunggu masak bukankah baik?
Kurik Kundi Merah SagaHabis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke hulu, Petikkan saya bunga lembaga; Kalau tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga.
12

Kembali ke atas