Kurik Kundi Merah Saga | Ambil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil parang galikan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Matahari masuk bulan pun timbul, Cahaya bintang tak guna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki ditikam tunggul, Tunggul kecil tengah huma; Sakit hati memandang sanggul, Duk gemar pada sekuntum bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas ribut berdengung, Orang menjemur di tunggul mati; Kasih sayang duduk termenung, Apa masyghul dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Milik Padang Jahana, Rama-rama di atas tunggul; Adik balik abang nak tanya, Lama-lama sekali timbul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul. |