Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai.tu.pai] | توڤاي٢

Definisi : keratan kayu yg dilekapkan (dipakukan) pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai.tu.pai] | توڤاي٢

Definisi : keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai-tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang.
Kurik Kundi Merah SagaBerani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri.
Kurik Kundi Merah SagaDayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali belayar ke Bangka, Tupai nandung makan padi; Siang malam tidak kusangka, Sudah terkandung di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Mahmud bermain tombak, Dang Kasuma menangkap tupai; Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaBawakan minyak ke tengah laut, Macam mana tupai nak kerik; Kalau lebat bunga tengah rambut, Macam mana hamba nak ambik.
123

Kembali ke atas