Definisi : ; menutuh 1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4. bk memukul, menumbuk; rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi prb barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; menutuh memangkas dahan atau cabang kayu: Ia terpaksa ~ dahan-dahan kayu yg menjulai ke jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)